Arnab selamat berpindah ke Johor

Maafkan saya kerana sudah lama tidak updates blog ArnabCute.com ini. Adalah secara rasminya saya sudah tidak lagi membela arnab dan menjual produk-produk yang berkaitan arnab.

Laman web ini ArnabCute.com juga akan berpindah hakmilik kepada 2 orang rakan saya iaitu saudari Raja Farah dan saudara Sahain.

Ini merupakan entry terakhir dari saya selaku admin ArnabCute.com selama mula ia telah bertapak sejak 2009. Amat berat rasanya hati saya untuk melepaskan arnab-arnab saya, tetapi demi kebaikan dan kesejahteraan mereka adalah lebih baik berpindah tuan dengan suasana baru yang lebih baik. Dua orang rakan saya ini, masing-masing terlibat dengan industri penternakan arnab secara khusus. Saudara Sahain dan sahabatnya di Muar Johor mempunyai ladang arnab di sana.

Saya akan berpindah pada bulan 6, ke taman perumahan baru di Bandar Bukit Raja, Klang. Kawasan perumahan ini agak kecil dan terhad ruang untuk meletak cages arnab. Dan risau jugak saya jika bela arnab di kawasan perumahan sebegini, jika orang buat aduan, habis saya!

Buat masa ini saya akan tumpukan sepenuhnya perhatian saya sebagai freelancer membuat dan design laman web, anda boleh KLIK sini untuk melihatnya.

Juga akan fokus kepada usaha mencelikkan orang ramai supaya celik emas dan seterusnya membeli emas sebagai simpanan/pelaburan yang menguntungkan untuk masa hadapan. Anda boleh KLIK DI SINI untuk info lanjut yea.

 

Diharap admin baru, saudara Sahain dan saudari Farah akan teruskan kesinambungan ArnabCute.com ini. Kerana saya tahu masih ramai yang perlukan tips dan panduan penjagaan cara arnab yang betul. Semoga ilmu yang pernah saya share di sini akan dapat membantu anda semua.

Terima kasih di atas support anda ke atas ArnabCute.com dan pages facebook Rabbit Lovers@Pencinta Arnab.

 

Mari kita lihat gambar-gambar terakhir arnab saya sebelum berpindah milik ke tuan baru….

>> Semua cages arnab, ada 4 semuanya di dalam kete

 

Kini hanya tinggal rak kosong sahaja…isk..isk….

Comments

  1. tiyangatmojo says:

    Gimana ya biar bisa merawat kelinci dengan baik?

    1. Salam,

      Coba lihat di serta browse topik-topik kami untuk tips nya. :D
      mekasih.