Khasiat Akar Ginseng Jawa

Tahniah saya ucapkan kepada Mardziana & Rohani kerana arnab mereka telah selamat melahirkan 5 ekor anak malam tadi. Penantian akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka…tu diaa…dapat 5 ekor skaligus…saya pun seronok mendengarnya..

Nampaknya dalam 2-3 hari nie kena la mereka bersusah-payah sedikit kerana mummy bunny belum pandai nak menyusukan anaknya lagi…xpe..biar susah-susah dahulu, senang kemudian…anak-anak arnab nie comei-comei belaka…geram melihatnya!!

Saya mengetahui sesuatu daripada Mardziana hari ini..rupanya arnab jantannya telah diberi makan akar ginseng jawa..ginilah rupanya pokok nie..macam pokok bunga jerr..Ginseng jawa nie juga dikenali sebagai Akar Som.

>>  Pokok akar ginseng jawa

Rupa-rupanya ada banyak khasiat akar ginseng jawa nie, bukan kepada haiwan tetapi kepada manusia juga..Khasiatnya juga menyamai ginseng Cina dan Korea.

Khasiat Akar Ginseng Jawa

  • khasiat daunnya (dijadikan sebagai ulam)

- dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan .

- dapat menambahkan susu ibu/arnab betina

- ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah untuk merawat bisul.

- merawat masalah batin dalaman haiwan (arnab) dan manusia.

  • khasiat akarnya

- sebagai ubat batuk dan masalah paru-paru. Contoh :- Penyakit asma.

Comments

  1. Macam mana nak makan daunnya? Masak tumis boleh ke? Akarnya pulak macam mana? Direbus ke di kisar buat jus minuman? Terima kasih.