Biji Benih Ulam Raja
1 sachet ada 100 biji.
Nama Tempatan : Ulam Raja
Nama Saintifik : Cosmos caudatus
Nama Lain : King salad, Intan Berayun
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai pokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
CARA TANAM :
- Taburkan tanah dengan tahi arnab
- Taburkan biji benih ulam raja.
KHASIAT :
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Selain daripada amat berkhasiat kepada manusia, fungsinya atau kesannya terhadap arnab amat baik sekali. Saya memberi arnab saya makan ulam raja dan saya dapati kesemua arnab saya yang sakit, akan cepat sembuh..contohnya, dahulu arnab saya pernah mengalami bengkak susu, sembuh..demam/selesema juga sembuh..Arnab nampak lebih sihat dan cergas. Sememangnya ulam raja ialah pilihan utama arnab saya berbanding dengan pellet. Mereka akan berebut-rebut makan ulam raja nie. Nampak macam sedap sungguh!
Oh ye..jangan berasa pelik apabila melihat warna air kencing arnab anda berubah selepas memberi arnab anda makan ulam raja ini. Warna air kencing arnab akan berwarna coklat. Jadi, jangan risaulah ![]()
Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.






























Blog ini ditulis khas untuk menceritakan dan berkongsi maklumat berkaitan dengan arnab. Ianya sesuai dibaca oleh semua peringkat individu, samada para peminat arnab dan anda yang baru-baru ingin berjinak membela arnab. Saya mula membela arnab pada Julai 2009, supaya anak saya yang berusia 4 tahun mempunyai teman untuk bermain. Sehingga ke hari ini anak saya sudah pandai memberi makan sendiri kepada arnab. Penjagaan arnab ini agak mudah dan tidak membebankan berbanding dengan membela kucing.
Saya merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan online dari rumah. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Komputer (UTM).
Jika anda ingin menggunakan khidmat saya, sila klik di ruangan MUST VISIT LINK ye..
thanks :)
Komen Terkini