Em4 – efektif mikroorganisma 4

EM-4, effective mikroorganisme ialah mikroorganisma yang terdiri daripada organisma Lactobacillus sp.bakteria pengeluar asid laktat, serta dalam jumlah yang sedikit bakteria fotosintetik Streptomyces sp. dan ragi.
APLIKASI kepada
- pertanian,
- perternakan,
- perladangan dan
- penghasilan baja kompos
FUNGSI UTAMA :
- mengurangkan bau busuk,
- menghalau kedatangan serangga seperti lalat, semut etc
- arnab / ternakan menjadi lebih sihat, cergas dan bulunya akan tumbuh cantik
SUKATAN EM-4 : -
Air minuman haiwan – 1:200, Atau untuk lebih mudah, 7.5ml Em-4 : 1.5 liter air.
Semburan kandang / reban ternakan – 1:50 -100
FUNGSI LAIN :
- untuk tanaman cendawan,
- rawatan biji benih,
- rawatan bau,
- semburan tanaman,
- rumah kaca / tanaman pasu,
- hidupan air / ikan (kolam) etc
- meningkatkan dekomposisi sisa dan sampah organik,
- meningkatkan kandungan nutrisi tanaman
- menghapuskan serangga perosak dan mikroorganisma patogen
- mempercepat pengomposan sampah organik atau kotoran haiwan,
- membersihkan air sisa,
- meningkatkan kualiti air pada kolam udang dan ikan
- meningkatkan kesihatan, pertumbuhan, kuantiti dan kualiti pengeluaran tanaman/ternakan secara berterusan.
* EM-4 wujud daripada EM-1, bahan aktif yang sedia digunakan daripada larutan bahan penapaian.
** Untuk pastikan samada EM-4 masih elok atau tidak, pastikan baunya berbau masam-masam manis..baunya seumpama buah kerana EM-4 ini dibuat daripada buah. Jika disimpan dengan baik, iaitu EM-4 disimpan di tempat yang tidak mempunyai haba yang tinggi dan tidak bergoyang..ia boleh tahan sehingga 2 bulan. Jika EM-4 anda berbau busuk seperti telur busuk atau hanyir, maknanya EM-4 tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Jawapnya, buang sahajalah ke dalam longkang..
MANFAAT EM-4
- Memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah.
- Meningkatkan ketersediaan nutrisi tanaman, serta menekan aktiviti serangga perosak dan mikroorganisma patogen.
- Meningkatkan dan menjaga kestabilan pengeluaran tanaman dan menjaga kestabilan pengeluaran.
- Mempercepat proses fermentasi pada pembuatan Kompos. Kompos yang dibuat dengan teknologi EM disebut dengan bokashi.
- Memperbaiki komposisi dan jumlah mikroorganisme pada perut ternakan sehingga pertumbuhan dan pengeluaran ternakan meningkat.
APLIKASI EM-4 DI BIDANG PETERNAKAN
- Mengurangkan pencemaran bau khususnya pada kandang ternakan dan lingkungan sekitarnya.
- Mengurangkan stress pada ternakan
- Menyihatkan ternakan
- Menyeimbangkan mikroorganisma di dalam perut ternakan
- Meningkatkan nafsu makan ternak
- Menekan penyakit pada ternakan
- Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ternakan
Dipek setiap 1 liter






























Blog ini ditulis khas untuk menceritakan dan berkongsi maklumat berkaitan dengan arnab. Ianya sesuai dibaca oleh semua peringkat individu, samada para peminat arnab dan anda yang baru-baru ingin berjinak membela arnab. Saya mula membela arnab pada Julai 2009, supaya anak saya yang berusia 4 tahun mempunyai teman untuk bermain. Sehingga ke hari ini anak saya sudah pandai memberi makan sendiri kepada arnab. Penjagaan arnab ini agak mudah dan tidak membebankan berbanding dengan membela kucing.
Saya merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan online dari rumah. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Komputer (UTM).
Jika anda ingin menggunakan khidmat saya, sila klik di ruangan MUST VISIT LINK ye..
thanks :)
Komen Terkini