Tag Archives: botol susu kucing

Kucing in da house

Saya telah menyelamatkan 5 ekor anak kucing yang telah dibuang berhampiran dengan rumah saya. Sungguh kejam orang yang buang kucing tu. Anak-anak kucing tu masih kecil lagi, masih menyusu…nak berjalan,minum air pun belum pandai lagi. Diorang buang letak kat pokok mangga di atas pasir…sian sungguh…

Mula-mula tu saya ingat nak buangkan di pasar, tapi memandangkan usianya yang begitu kecil..nak ‘survive’ sendiri pun mesti tak bole kecuali ada orang yang bermurah hati ambil dan bela..kalo tak, confirm la akan mati anak-anak kucing tu. Saya membancuh susu pekat dengan begitu cair dan memberi mereka minum dengan menggunakan syringe…susah jugak sebab dia lom pandai lagi..cadang tu nak beli botol susu kucing..hari ini saya akan cari di pet shop..harap2 ada la jual..

Arnab-arnab saya semuanya keheranan dengan bunyi ngiau kucing….”Miuw…miuwww…”. Ada pulak yang melompat kegelian..kelakarlah! :D